HAK KEWARGANEGARAAN
September 25, 2016
Isu berkaitan kewarganegaraan ini terkandung di dalam Bahagian 3 Perlembgaan Malaysia. Cara-cara untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia terkandung dalam Perkara 14 hingga 22. Manakala, Perkara 23 hingga 28 pula adalah berkaitan dengan kehilangan hak kewarganegaraan. Seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, pendaftaran, permohonan kemasukan dan percantuman wilayah. Seseorang individu boleh kehilangan hak warganegara bedasarkan dua sebab; yang pertama ialah apabila individu itu menolak kewarganegaraannya. Yang kedua, apabila terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya individu tersebut melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak Perlembagaan. Antara proses pelucutan ialah, pada peringkat pertama, pemberitahuan secara bertulis beserta alasan kepada individu yang dikenakan perintah pelucutan. Seterusnya, individu berkenaan akan merujuk kesnya kepada sebuah jawatankuasa siasatan. Pada peringkat akhir, penentuan pelucutan kewarganegaraan oleh kerajaan menerusi laporan daripada jawatankuasa siasatan. Setiap warganegara diberi hak dan keistimewaan yang tertentu seperti yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan. Rakyat Malaysia berkewajipan untuk menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan menunjukkan rasa taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara, mengundi semasa pilihan raya jika memenuhi syarat.

Unknown
Popular Posts
-
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi ...
-
Pada Mac 1956, Suruhanjaya Perlembagaan telah ...
-
Pada Februari 1957, draf pertama syor perlembagaan dan ...
-
Mewujudkan pemerintahan yang adil Perlembagaan ...
-
Terdapat banyak pengajaran dan kesan yang telah kami ...
-
Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia ...
-
Isu berkaitan kewarganegaraan ini terkandung di dalam ...
-
Penggubalan perlembagaan dikenali sebagai Perlembagaan ...
-
Perlembagaan boleh dipinda dari semasa ke semasa ...
-
Dinyatakan dalam Perkara 153(1) Perlembagaan ...
Facebook Page
Labels Cloud
Labels List Numbered
TENTANG KAMI
Arkib Blog
-
â–¼
2016
(20)
-
â–¼
September
(20)
- Ahli Kumpulan
- PENGENALAN
- SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA
- SEJARAH PENGGUBALAN MALAYSIA
- SURUHANJAYA REID
- JAWATANKUASA
- KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- TUJUAN PERLEMBAGAAN
- CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
- PINDAAN PERLEMBAGAAN
- PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
- KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
- KEDUDUKAN AGAMA ISLAM
- HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
- HAK KEWARGANEGARAAN
- HAK ASASI
- KONTRAK SOSIAL
- PENGAJARAN
- RUJUKAN
- KESIMPULAN
-
â–¼
September
(20)
Dikuasakan oleh Blogger.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan