KONTRAK SOSIAL
September 25, 2016
Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia merupakan kontrak sosial perjanjian perdamaian. Istilah "Kontrak Sosial" tidak terkandung di dalam perlembagaan. Ia merujuk bentuk permuafakatan yang ulung antara rakyat dan pemimpin bagi tiga kaum utama iaitu; Melayu, Cina, dan India. Tiga kaum utama ini, mewakili UMNO, MCA, dan MIC yang dimeterai menerusi Perlembagaan Persekutuan. Tolak ansur dalam permuafakatan ini melibatkan persetujuan dalam memberi sesuatu dan menerima sesuatu yang lain seperti yang ditegaskan oleh Tuanku Abdul Rahman. Seterusnya, melalui permuafakatan sosial ini, penggantian beri-memberi atau quid pro quo berlaku antara orang melayu dan bukan melayu. Oleh itu, orang melayu bersedia mengubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian dengan orang Cina dan India. Orang Melayu bersetuju memberi hak kewarganegaraan bedasarkan prinsip jus soli kepada orang-orang bukan Melayu. Antara perkongsian orang Melayu ialah kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli. Melalui perkongsian ini, orang bukan Melayu memberi balasan. Antara balasannya ialah, kedudukan istimewa orang Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu, dan kedudukan. Permuafakatan dan tolak ansur antara orang melayu dan bukan melayu merupakan nilai-nilai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Tun Mohamed Suffian Hashim (bekas ketua Hakim Negara) Perlembagaan Persekutuan masih mengekalkan unsur tradisi. Antara unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Pemerintahan Beraja, kedudukan istimewa orang Melayu, Agama Islam, dan Bahasa Melayu. Tanpa kontrak sosial ini Tanah Melayu mungkin tidak berjaya mencapai kemerdekaan pada 1957. Kontrak sosial merupakan asas yang menjadikan Malaysia sebuah negara merdeka di bawah sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan dengan konsep negara.

Unknown
YOU MIGHT ALSO LIKE
Popular Posts
-
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi ...
-
Pada Mac 1956, Suruhanjaya Perlembagaan telah ...
-
Pada Februari 1957, draf pertama syor perlembagaan dan ...
-
Mewujudkan pemerintahan yang adil Perlembagaan ...
-
Terdapat banyak pengajaran dan kesan yang telah kami ...
-
Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia ...
-
Isu berkaitan kewarganegaraan ini terkandung di dalam ...
-
Penggubalan perlembagaan dikenali sebagai Perlembagaan ...
-
Perlembagaan boleh dipinda dari semasa ke semasa ...
-
Konsep keluhuran perlembagaan merupakan Prinsip Rukun ...
Facebook Page
Labels Cloud
Labels List Numbered
TENTANG KAMI
Arkib Blog
-
â–¼
2016
(20)
-
â–¼
September
(20)
- Ahli Kumpulan
- PENGENALAN
- SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA
- SEJARAH PENGGUBALAN MALAYSIA
- SURUHANJAYA REID
- JAWATANKUASA
- KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- TUJUAN PERLEMBAGAAN
- CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
- PINDAAN PERLEMBAGAAN
- PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
- KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
- KEDUDUKAN AGAMA ISLAM
- HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
- HAK KEWARGANEGARAAN
- HAK ASASI
- KONTRAK SOSIAL
- PENGAJARAN
- RUJUKAN
- KESIMPULAN
-
â–¼
September
(20)
Dikuasakan oleh Blogger.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan