Pages

JAWATANKUASA

Pada Februari 1957, draf pertama syor perlembagaan dan laporan telah diumumkan oleh Suruhanjaya Reid.Hal ini kerana, Suruhanjaya Reid telah mendapat maklum balas meluas daripada pelbagai pihak. Oleh hal yang demikian, Suruhanjaya Reid telah mengeluarkan satu penyataan. Penyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid mengetepikan syor dan tuntutan daripada Orang Melayu. Antara tuntutan yang diketepikan berkaitan dengan kerakyatan, bahasa, agama dan hak istimewa orang Melayu yang telah disuarakan oleh pertubuhan-pertubuhan Melayu. Sebaliknya, suruhanjaya ini mengandungi kelebihan untuk kaum bukan Melayu yang menuntut hak persamaan dengan orang Melayu. Hali ini mendapat perhatian ialah pemberian dua kerakyatan kepada rakyat Komanwel, Kerakyatan jus soli, rakyat yang berdasarkan prinsip kerakyatan jus soli, semua kaum. Oleh yang demikian, hal ini akan melemahkan lagi kedudukan orang Melayu jika semua kaum mendapat hak yang sama rata.


Oleh itu, Jawatankuasa kerja telah dibentuk bagi mengkaji semula syor tersebut.Jawatankuasa kerja terdiri daripada 11 orang. Antara yang terlibat ialah Pesuruhjaya tinggi British, Ketua setiausaha, Peguam Negara, Empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan Empat orang Parti Perikatan. Ia dipengerusikan oleh MacGillivray (Pesuruhjaya Tinggi British).

Tugas utama Jawatankuasa Kerja ialah memastikan bahawa perlembagaan baharu yang digubal bersesuaian dengan bentuk pemerintahan di Malaya. Ia tidak boleh mengubah struktur umum draf perlembagaan yang diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sebanyak 23 kali pertemuan telah diadakan iaitu antara 22 Februari hingga 27 April 1957.Ia telah membentuk draf Perlembagaan yang diterima oleh semua pihak. Antara isu yang dibincangkan ialah kerakyatan, agama, hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu.

Perbincangan akhir Jawatankuasa Kerja telah diadakan pada 13 hingga 21 Mei 1957 di London. Ia diketuai oleh Setiausaha Tanah Jajahan British serta dihadiri oleh Kerajaan British dan Kerajaan Tanah Melayu yang diketua oleh Tunku Abdul Rahaman. Melalui perbincangan ini Kertas Putih atau Constitutional Proposals for the Federation of Malaya telah diterbitkan. Kandungannya ialah beberapa pindaan terhadap Laporan Suruhanjaya Reid serta rangka perlembagaan yang telah dipersetujui semua ahli rundingan.

Seterusnya, pada Jun 1957, Rang Undang-undang Perlembagaan telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Perlembagaan Persekutuan ini turut dibahas pada 12 Julai1957 di House of Commons, England dan ia diluluskan tanpa sebarang pindaan. Manakala, House of Lord telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan tanpa pindaan setelah dibahaskan pada 29 Julai 1957. Seterusnya, Majlis Perundangan Persekutuan pula telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan pada 15 Ogos 1957. Ia dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957, iaitu sebaik sahaja perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan tamat. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan ini berkuatkuasa secara rasmi pada 31 Ogos 1957 bersempena dengan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan ini dipinda apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia.



Unknown

1 ulasan:

  1. Emperor Casino | Shootercasino
    Play 카지노사이트 with 100% welcome bonus up to €100 when you register your account. Only deposits required. 24/7 customer support 제왕카지노 and instant worrione withdrawal  Rating: 4.2 · ‎Review by Shootercasino

    BalasPadam

Instagram