Dalam Bahagian 1, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan agama islam sebagai agama bagi Persekutuan. Manakala, Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa raja atau sultan ialaha Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. YDPA akan bertindak sebagai Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur) bagi mewakili Raja-rajaMelayu. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada 17 Oktober 1968 bagi menyelaraskan pentadbiran hal ehwal agama Islam pada peringkat Persekutuan. Antara tugas Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam ialah menasihati Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri, Majlis Agama Negeri, Pendidikan Islam dan perkara yang diajukan kepadanya dengan tujuan untuk memperbaik dan mengadakan penyeragaman dari aspek hukum syarak dan pentadbiran Islam.
Seterusnya, Majlis Agama Islam ditubuhkan di setiap negeri berdasarkan undang-undang negeri. Ia berperanan untuk menasihati Raja mengenai hal ehwal agama Islam. Dalam Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain kepada orang yang menganuti agama Islam. Penganut agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Dalam Perkara 12(2) pula memperuntukkan kuasa kepada Persekutuan atau sesuatu negeri untuk menubuhkan atau menyenggara institusi Islam serta membiayai perbelanjaan dalam mengadakan atau membantu ajaran Islam. Hukum syarak dan undang-undang bagi Agama Islam termaktub dalam Syeksen 1 bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Antara perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam yang berada di bawah kuasa Perundangan Negeri adalah seperti berikut; perwarisan, munakahat, wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat, adat istiadat Melayu, zakat, fitrah dan baitulmal dan perkara yang berkaitan dengan agama Islam.

Unknown
Popular Posts
-
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi ...
-
Pada Mac 1956, Suruhanjaya Perlembagaan telah ...
-
Pada Februari 1957, draf pertama syor perlembagaan dan ...
-
Mewujudkan pemerintahan yang adil Perlembagaan ...
-
Terdapat banyak pengajaran dan kesan yang telah kami ...
-
Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia ...
-
Isu berkaitan kewarganegaraan ini terkandung di dalam ...
-
Penggubalan perlembagaan dikenali sebagai Perlembagaan ...
-
Perlembagaan boleh dipinda dari semasa ke semasa ...
-
Konsep keluhuran perlembagaan merupakan Prinsip Rukun ...
Facebook Page
Labels Cloud
Labels List Numbered
TENTANG KAMI
Arkib Blog
-
â–¼
2016
(20)
-
â–¼
September
(20)
- Ahli Kumpulan
- PENGENALAN
- SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA
- SEJARAH PENGGUBALAN MALAYSIA
- SURUHANJAYA REID
- JAWATANKUASA
- KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- TUJUAN PERLEMBAGAAN
- CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
- PINDAAN PERLEMBAGAAN
- PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
- KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
- KEDUDUKAN AGAMA ISLAM
- HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
- HAK KEWARGANEGARAAN
- HAK ASASI
- KONTRAK SOSIAL
- PENGAJARAN
- RUJUKAN
- KESIMPULAN
-
â–¼
September
(20)
Dikuasakan oleh Blogger.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan