Pages

TUJUAN PERLEMBAGAAN

Mewujudkan pemerintahan yang adil
  •  Perlembagaan persekutuan digubal berdasarkan tolak ansur                                               dan.permuafakatan kaum.Memastikan keadilan ekonomi antara kaum tetapi turut memelihara hak istimewa orang melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak.Pembentukan integrasi kaum yang bersatu padu dan setia kepada negara
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
  • YDPA serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan ,kehakiman,eksekutif juga tertakluk kepada perlembagaan persekutuan .
  • Perlembagaan persekutuan merupakan panduan dalam pemerintahan dan tindakan pemerintah adalah berdasarkan perlembagaan.
  • Perlembagaan persekutuan menjamin keadilan,kecekapan dan ketelusan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan.
  • Menjelaskan bidang kuasa yang menjamin kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan 
Menjaga keamanan dan kestabilan negara 
  • Sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang membataskan kebesan individu akan menjamin keamanan dan kestabilan negara serta mengekalkan perpaduan
  • Pindaan terhadap perlembagaan tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya
  • Perubahan pemimpin selepas pilihan raya tidak mengubah corak pemerintahan .
  • Rakyat mendapat jaminan undang-undang serta tiada diskriminasi  dalam perlembagaan 
Alat rujukan bagi menjelaskan masalah
  • Hukuman kepada individu yang melakukan kesalahan adalah dirujuk dalam perlembagaan 
  • Menjadi rujukan tertinggi dalam undang-undang yang bertentangan
 Mengekalkan identiti negara / menjamin keutuhan dan kedaulatan negara 
  • Unsur-unsur tradisi dan perkara utama dalam perlembagaan persekutuan akan menjamin riwayat negara bangsa serta mengekalkan nilai dan identiti masyarakat Malaysia


Unknown

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Instagram