Konsep keluhuran perlembagaan merupakan Prinsip Rukun Negara yang ketiga. Ia membawa maksud ketinggian perlembagaan atau ketertinggian. Keluhuran perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Ia tidak terdapat institusi yang mengatasi ketinggian perlembagaan persekutuan. Sekaligus menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat.
Seterusnya, Badan kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan